Akaun genbijakdotmy.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
KeAHLIAN Kelab #GenBijakESports..

[ #GAMING #JERSEY ] DAPATKAN JERSEY TERBAHARU KELUARAN #GENBIJAKESPORTS BAGI TAHUN 2022.

Bersemperna program baru untuk tahun 2022 ini, kami ada mengeluarkan design baharu bagi #GamingJersey. Bermula dengan jersey yang dihasilkan untuk program #ECO22 iaitu EGames Chapter One 2022 yang berlangsung pada Mac 2022.

#GenBijakESports merupakan kelab yang menganjurkan program berbentuk virtual seperti program kejohanan eSukan bagi organisasi yang berminat untuk mengadakan aktiviti kepada ahli kelab sukan atau kakitangan syarikat. Program ini boleh dilakukan sepenuhnya secara virtual dimana tiada keperluan untuk kita berkumpul jika ingin mengelakkan dari penyebaran #Covid19

Walaubagaimanapun, program ini juga boleh diadalah secara fizikal jika segala SOP berkaitan dapat dipatuhi. Konsep yang kami bawakan adalah untuk memupuk silaturrahim dikalangan kakitangan disamping ianya boleh menambah baik team work + cara berkomunikasi bersama sepasukan.

Selain kejohanan eSukan, kami juga mula memperkenalkan #VirtualTreasureHunt bagi memberikan aktiviti kepada kakitangan yang kurang berminat terhadap eSports. Program ini juga dapat memberikan impak yang amat padu kepada kakitangan syarikat. Rata-rata mengatakan ianya sesuatu yang baru tetapi amat memberikan kesan.

Untuk pengetahuan, kami #GenBijakdotMy pernah menganjurkan program Generasi E-Sukan Sekolah peringkat negeri Selangor pada tahun 2020 dan disusuli dengan Perak, Johor dan Kedah pada tahun 2021. Program #GES2020 ini mendapat permintaan yang tinggi dikalangan murid kerana ianya satu-satunya program yang dijalankan secara dalam talian ketika itu sekitar Mac 2020. Program ini juga mendapat sambutan bukan saja dari murid & guru malahan ibu bapa turut memberi sokongan yang padu untuk anak-anak turut serta selain memberi peluang kepada peserta untuk mendapat e-sijil peringkat negeri. Generasi E-Sukan Sekolah Selangor juga turut mendapat liputan media dari RTM, Sinar harian serta portal Astro Awani kerana ianya adalah satu-satunya program e-Sukan khas untuk murid sekolah rendah dan menengah sahaja yang mana objektif penganjuran GES2020 ini pada permulaannya adalah untuk menaikkan peratusan kedatangan murid di Selangor. Jumlah murid yang terlibat dalam GES Selangor hampir 30,000 dan lebih dari 700 buah sekolah selama 6 bulan dianjurkan. Tahun 2021 program GES Negeri akan diuruskan oleh Kelab Sukan Elektronik GenerasiBijak (GenBijakEports). Ini kerana mudah untuk kami fokus dalam menganjurkan program yang berkaitan e-Sukan seperti Bengkel E-Sukan dan apa saja program e-Sukan yang berkaitan. Untuk pengetahuan semua, program di bawah Kelab Sukan Elektronik GenerasiBijak sehingga kini tidak mengenakan sebarang bayaran kepada murid, sekolah mahupun jabatan. Sumber pendapatan kami adalah melalui jualan cenderamata kelab serta tajaan dari penaja untuk slot iklan di setiap program yang kami anjurkan. Dari sumber pendapatan ini juga yang kami gunakan untuk menganjurkan program-program e-Sukan yang bermanfaat kepada murid khususnya. Penganjuran program dari GenBijakEsports ini hanyalah bertujuan untuk memberi pendedahan atau pendidikan dalam permainan yang mana e-Sukan kini adalah sukan no 1 di kalangan remaja masa kini. Kami di GenBijakEsports menjadikan platform e-Sukan ini untuk mendidik murid-murid agar dapat menjadi generasi bijak pandai pada agama, bangsa dan negara.

Sehubungan itu, kami membuka penyertaan (Membership Program) kepada IbuBapa/Guru yang berminat untuk menjadi ahli GenBijakEsports dan nikmati program yang kami sediakan khas untuk ahli GenBijakEsports.


Antara kelebihan yang diberikan kepada ahli adalah : 1) Mendapat akses awal di setiap program kami. 2) Potongan 50% dari yuran bagi setiap program kelab sepanjang tahun. 3) Penyertaan ke Bengkel eSukan PERCUMA. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang terus menyokong kami dengan menyertai program yang kami anjurkan dan membeli cenderamata yang kami jual. Cenderamata ini juga telah pun dikeluarkan sebelum ini dan mendapat maklum balas yang baik oleh Ibu Bapa.


Sekiranya IbuBapa ingin mendapatkan cenderamata ini, ianya adalah PRE-ORDER. **Sila nyatakan Size pilihan baju anda.. IbuBapa boleh menjadikan cenderamata ini sebagai tanda kenang kenangan bersama dengan program yang kami anjurkan. Kualiti yang diberi sangat selesa dan bermutu. Kami sertakan pakej di bawah untuk rujukan IbuBapa. ORDER BAJU disini : http://wasap.my/601128003637/SizeBaju

TESTIMONI >> AADK Malaysia

TESTIMONI >> KTM Malaysia

TESTIMONI >> SMK Kangkar Pulai, Johor

Dengan setiap pembelian sebanyak RM105 dan ke atas, anda layak untuk menjadi ahli kelab #GenBijakEsports untuk keahlian selama 1 tahun. Borang pendaftar
an AHLI akan diberi setelah pendaftaran dilakukan. Sukan Gaya Baharu, eSukan


Berminat boleh terus buat pembelian di bawah..:point_down::point_down: